Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, June 16, 2010

♥ Mbang...

Dlm perjalanan pulang dr Saratok ke Kuching. Singgah sebentar di Betong utk mencuci mata.

Semasa mataku asyik melilau melihat panorama di sekeliling & bertamu di pasar tamu Betong, tiba2 seorang pak cik yg berjual di pasar itu memanggilku.

Pak cik itu meminta aku utk bercakap dgn sepasang pasangan orang Putih...  Aku faham, may be pak cik tu x pandai berkomunikasi dlm bahasa Inggeris.
Org Putih itu katanya tgh dlm trip dr Sematan ke Brunei. Mereka ni nak ‘round’ satu Borneo kot...
Orang Putih itu pulak, meminta aku story la psl sejenis buah ni... Hmmm...

Aku...? Errrr... Tergamam, x tau nak cakap apa... Bkn x pandai cakap Inggeris, tp x tau pasal buah tu... Sbb? Sbbnya, aku pernah tengok je... Nama & rasanya pun aku x tau... OMG, malunya... Rakyat tempatan mcm aku ni x tau pasal buah yg ada kat tempat sendiri.

Aku pun tanpa membuang masa terus bertanya dgn pak cik itu tentang buah tu, dr A sampai Z. Pastu, apa lg, aku jwb la soalan org Putih tu td. Setelah mendengar cerita aku ttg buah tu, pasangan org Putih tu pun cuba memakannya... Hahaha, paling kelakar mat & minah salleh tu makan buah tu begitu saja... Alahai, knp la korg x minta dipotongkan dulu buah tu... Ish3... Kurang senonoh pula mereka ni aku tengok...

Sampai je aku di rumah, aku story lah pengalaman memalukan itu kat family & kawan2... Berdekah-dekah mereka gelakkan aku.

So, back to the topic...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tau x ini buah apa?

Inilah buah yg org Putih tu tanya, tp aku x tau nak jawab mcm mana. Teruk betul! So, sini ada sedikit info ttg buah ni yg aku baru tau... So, lepas ni klu ada org tanya aku pasal buah ni, aku blh la jwb... Hehe...

Ini adlh salah satu drpd buah2-an tempatan yg ‘rare’ yg mungkin hanya didapati di Sarawak. Aku x tau lah, klu2 buah ni ada kat negeri2 lain... Sbb aku x pernah lg tengok buah ni kat Semenanjung. Serata negeri jg aku dah pergi, tp aku belum terjumpa lg. Mungkin ada jg kot. Nama pun dah ‘rare’ kan?

Buah ni seasonal... & diberi jolokan yg pelbagai oleh masyarakat kat sini... Ada yg memanggilnya dgn nama buah ‘bambangan’, ‘membangan’ or  ‘asam embang’ terutamanya org Melayu di sini. Ada yg menyebutnya buah ‘mawang’ or ‘mbawang’ ~ nama ini lah yg pak cik Iban tu bgtau kat aku... Org Melanau pulak menyebutnya dgn buah ‘balem’. Alahai... Byk betul namanya...

Ciri2 buah ni... Bulat, berkulit kasar berwarna perang... Isinya berserat... Rasanya ada yg manis, & ada yg masam. Kata mak, yg manis lg sedap & berkualiti. Buah ni x besar sgt... Sedang2 je, & klu dah masak, beratnya blh mencapai ½ kilo hingga 2 kilo (besar punya).

Buah ni klu masih muda, isinya putih. Kulitnya melekat dgn isi. Rasa pulak kelat masam. Biasanya org akan buat jeruk, & blh dimakan bersama nasi. Ada jg yg membuatnya sebagai ulam & dimakan bersama sambal belacan. Hmmm... Multipurpose jg ye buah ni. Bukan itu saja, kulit buah ini blh dimanfaatkan. Bagaimana? Makan lah ~ jeruk & ulam... Tp, jeruk ke, ulam ke – aku belum pernah cuba lg. Lain hari aku try...

Buah ni yg dah masak, isinya berwarna kuning, berjus & berserat... Yg bestnya, buah ni x perlu dikupas kulitnya mcm buah mangga bila dah masak. Just potong satu dua bahagian, kemudian tarik keluar je kulitnya. Rupa isinya seakan buah mangga & kuini. Tp, tetap ada bezanya, iaitu fibrous fleshnya & rasa yg masam manis. Aromanya pun segar & harum...

Once dipetik & jatuh dr pokok, buah ni blh disimpan lama. Selama mana, aku x tau. Klu dah nampak buruk & busuk, means dah rosak la tu. Yg penting, buah ni ada khasiatnya yg tersendiri... Confirm kaya dgn Vitamin C, yg bertindak sebagai antioksida... So, org yg tgh demam mcm aku ni, mmg elok sgt lah makan buah ni.

Tempat popular dgn buah ni, sure la kat kawasan Betong & ke atas. Kat Kuching pun ada jg, x da la nampak byk sgt mcm kat area sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Utk info yg lebih lg ttg buah ni, dipersilakan menjenguk ke link di bawah ini... Sempat jg aku cari info pasal buah ni...


No comments:

Post a Comment