Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday, December 24, 2010

♥ Fed-up...

Salam semua...

Sekali kali, blog yg indah penuh dengan warna pink ni menjadi medan untuk aku melepaskan geram! Kasihannya engkau, wahai blog yg indah... Hehehe...

“GERAM???”

Ye! Aku geram! Aku rimas! Fed-up! Bengang betul!

“Kat siapa???”

Siapa lg buat masa ini kalau tidak, HOUSEMATE aku!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siapa yg tahan, klu duduk serumah dgn org yg panas baran???

Sikit2 nak marah... Nak mengamuk... Nak hempas2 barang... Nak tunjuk muka masam... Cakap tengking2... Semua benda nak kasar2... Tegur sikit marah...

AKU TAK TAHAN!!!!

Lantak la kalau dia terbaca pun apa yg aku tulis ni... Ada aku kisah??? Kalau selama ni, asyik aku je nak layan hati & perasaan dia, so sekarang boleh ke dia berfikir utk jaga hati & perasaan aku pulak??? Cuba la bawa2 bersabar... Cool down sikit... Ni nak naik angin satu badan je... Patutlah dia ni menjadi salah seorang pengidap penyakit hipertensi kat Malaysia ni... Ish...

Aku redha je jd tempat dia lepas marah... Redha je kena maki hamun sbb lambat ke, terlupa ke or apa2...

Aku bengang dgn sikap tak sabar & panas baran dia??? Nak tegur dia, mulut aku terkunci... Sbb confirm aku kena hambur nanti... Baik aku cool dulu, sebelum BP aku naik sama level ngan dia...

Td, lepas balik kerja, sah2 la aku akn kunci pintu rumah dr dlm... X kan la aku x kunci pintu... Karang org curi2 masuk rmh & mengancam keselamatan aku, siapa yg nak bertanggungjawab kan???

Dia x da kunci ke nak buka sendiri pintu dr luar??? Aku belum cukup bodoh lg, okey??? Kalau x da kunci kat dia, mcm mana lak pintu gate boleh berkunci sebelum aku balik &... (b’cos of kunci mangga tu boleh ter’locked’ dgn adanya kuncinya sahaja...). Pas aku balik, mmg aku x kunci sbb nak memudahkan dia masuk rumah & park kereta dia kat tempat parking... See! Betapa baiknya aku... Sikit pun x nak menyusahkan dia... Nanti sebelum tidur, aku jg lah yg kena kunci balik gate tu... Nak harap kan dia??? Pernah ke diakunci balik pintu gate? Dibiarkan saja x berkunci lg ade la...

Paling aku x boleh tahan, aku jg yg kena lari2 anak, pegi buka pintu rumah... On the way aku nak buka pintu, pintu dah mcm nak pecah je. Dia ni mengamuk goncang2 pintu mcm nak pecahkan pintu je... X malu ke, jiran2 tengok??? Bila aku tanya kunci dia letak mana, dia hempas pulak daun pintu tu kuat2... Ntah apa la yg buat angin nya x betul hari ni aku pun x faham... Nak kata pre-menstrual syndrom (PMS), mungkin gak kot... Tp, x kan la seteruk itu nak mengamuk...

Aku nekad! Mulai saat ni, aku malas nak ambil port pasal dia... Baik hati sgt nak ambil berat pasal org pun, bukan ada org nak peduli & ambil kisah... Bikin lg susah, ade lah kot...

X pasal2 gak aku duduk wad org sakit jiwa... Dah la aku ni lemah semangat org nya... Huh! Sabar, Yya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau rakan pembaca tau cara nak redhakan marah org yg jenis x sabar & panas baran ni, please share la some tips... Ok???

Wednesday, December 15, 2010

♥ Dia...

  • Pertama... Seminar pasal ‘Abortion’. Ada lah sorg mamat yg tidak dikenali ni. DIA queue depan aku... So, aku dah tentu la stay kat belakang DIA...X tau sgt DIA ni, sbb dr belakang mmg x blh tengok DIA... Dpt tengok beg sandang DIA je. Kami masuk bilik seminar & dengar la talk tu sampai habis. Talk tamat. Aku balik semula ke tempat keje (sepatutnya lah)... Tp, aku terus je balik rumah. Malas pulak nak masuk office...
  • Kedua... Shocked!!! Mamat ni rupanya seorang doktor! X sangka, ini punya nerdy boleh jd doktor... Aku ni pun mcm x biasa jumpa org nerd... Mereka mmg bookworm, plus, sgt rajin & bijak... No wonder la blh jd doktor... Betul x?
  • Ketiga... Dah la nerd, sombong pulak tu...
  • Keempat... Aku buat2 x nmpak DIA ada kat depan. DIA nampak aku pun aku x tau lah. May be nampak kot... Atau saja buat2 x nampak... Mustahil DIA x nmpak aku yg sebesar anak gajah ni kan? Kalau x nampak, buat rugi duit je beli & pakai spec mahal2, tp rabun bertambah-tambah (mcm la aku tau harga spec DIA berapa, kan?)...
  • Kelima... Panas terik di tengah hari... Aku nak pandang DIA, tp silau... X blh nak nampak dgn jelas... Tp aku tau yg berada di hujung sana adalah DIA...
  • Keenam... Talk kali kedua. Pasal penyakit sawan pulak. Aku nampak DIA lg. DIA dtg lewat dr aku... Aku duduk pun agak jauh dr DIA. X tau kenapa pandangan mata aku sesekali tertumpu kat DIA... “DIA ni x cukup tidur ke semalam??”, fikirku di dalam hati... Aku nampak DIA tertidur. Sesekali DIA tersedar... Sah2 la DIA x fokus dgn talk tu... Aku pun x fokus, sbb asyik tertumpu kat DIA...
  • Ketujuh... DIA call pejabat. Aku pulak yg jawab panggilan. Aku x tau rupanya DIA di talian... Tersentak la sekejap, sbb terdengar suara yg menusuk kalbu di hujung talian... Baik punya cover, segala persoalan DIA terjawab dgn sempurna. Terngiang-ngiang jg la suara DIA tu kat cuping telinga ni...
  • Kelapan... DIA dtg ke tempat keje aku... & berhenti betul2 di depan tempat duduk aku... Boleh kata aku agak nervous... “Apasal la mamat ni tiba2 datang?”, cakap dlm hati sorg2. Aku bertanya, “ada apa2 masalah ke???”... DIA jawab, “x ada. Saja jln2...”. Erk?! Boleh pulak mcm tu??? Aku malu sendiri... Sbb dipergosipkan pulak oleh staf satu tempat kerja. Peduli apa aku!!!
  • Kesembilan... Sekeping kertas... Ada nombor handphone, serta alamat emel DIA... Aku simpan... Tp, sehingga hari ini, aku x pernah menghubunginya...
  • Kesepuluh... DIA mempelawa aku balik bersamanya ke Kuching pd cuti hujung minggu As a companion katanya... Aku cadang nak bawak Choo sekali. Tp, Choo ni tiba2 lak mcm lalang. Kejap nak, kejap x nak. Aku pun sama... “Nak balik ke x???”. Hmmm. Fikir2 balik, “mcm mana aku nak balik kpg? Baru last week aku balik. Kerja pun banyak yg x settle lg.”... Mamat ni pun, last week aku susah payah balik naik bas ke Kuching, x nak pelawa pulak aku balik bersama... Ini bila aku x ada perasaan nak balik kpg, gatal2 ajak aku balik sekali!
  • Kesebelas... Aku makan malam bersama Tikah, Jemi & kawan Jemi... Kat De Warung Simpang Tiga... Tgh syok2 makan, tiba2 aku terpandang sesuatu yg dikenali... Kereta DIA sedang lalu... Kemudian, masuk parking & berhenti... DIA keluar dr kereta... Sorg2. “Dia makan sorg2???”, aku bertanya dlm hati... Mungkin DIA x perasan aku kot... Sbb aku duduk membelakangi DIA, selang 2 meja...
  • Kedua belas... DIA mengadu cirit birit... Alah, DIA doktor! X kan x tau kot apa yg blh relief sakit DIA tu...??? Mengada-ngada juga ya doktor ni...?
  • Ketiga belas... Aku on-call duty hari ahad. Pergh! Bosan giler keja sorg2! Siapa ek aku nak panggil buat teman??? Hmmm... Aku SMS Adik Nor (budak praktikal tu)... Buli sekejap! Punya la jahat aku, & budak tu pulak, sanggup temankan aku buat kerja. Dia teman je, x tolong pun. Sampai waktu tgh hari., perut terasa lapar... Aku x bawa apa2 makanan pun... Jahat2 aku duk buli Adik Nor ni, aku belanja la dia mkn sekali... Makan McD... Tp, berdua je x syok. Aku contact budak George pulak. George reply SMS... “OK”... Then, 1 lg msg dr George menyusul... “Ada seorg kawan aku ni nak join sekali. So, boleh dia join?”... Aku reply, “X da hal...”. George sampai ke office... Kawannya aku x nampak pulak. Aku kembali ke section aku & selesaikan apa yg x settle lg... After siap (x la siap sepenuhnya), aku pun meluru ke luar utk menemuui George, Adik Nor, & kawan George yg tgh borak2 kat luar... Dengan langkah yg agak gedik, aku meluru je keluar mendapatkan mereka bertiga itu... Aku terpandang sebelah kiri & terlihat kelibat yg tersembunyi di balik rak... Alamak! DIA!!! “Macam mana DIA boleh ada di sini???”, bisik hati aku... Rupa2nya, DIAlah ‘kawan’ George td... Cet! Manalah aku tau yg mereka tu berkawan... Aku pun x bertanya lebih lanjut psl kawannya dlm SMS, sbb dlm fikiran aku, kawannya itu mungkin seseorg yg aku x kenali... Aku jd kaku, malu, di situ...
  • Keempat belas... Makan malam bersama DIA... Chicken chop. Menu kami...
  • Kelima belas... Kami bertentang mata kerap kali berjumpa... Kami berborak lama di talian... Kami berjumpa bila perlu...
  • Keenam belas... DIA kata DIA single lg...
  • Keenam belas... Choo kata, DIA dah bertunang... George pun berkata begitu... Carl pun sama... Mereka kata DIA sudah bertunang bulan Jun yg lalu... Maksudnya, sebelum aku jumpa & kenal DIA (aku kenal DIA around August)...
  • Ketujuh belas... DIA x perlu cari aku lg... Aku pun x mahu jumpa DIA lg...
  • Kelapan belas... So...??? “THE END” of the story...

Sbb asyik teringat DIA, aku tulis semua ni... Banyak coretan kenangan... Tp, nak tulis byk2 mmg x boleh... Sampai sudah2 pun x habis karangan psl DIA... Tragik! Memendam rasa & akhirnya kecewa...

Buat DIA, "Selamat hari lahir ke-26, 17hb Disember ini... Moga sentiasa beroleh kejayaan dlm hidup, & berbahagia hingga ke akhirnya..."...

Monday, December 6, 2010

♥ Nak Jadi Rajin...

Assalamualaikum semua... Salam Maal Hijrah 1432... Di tahun baru sudah kita di hari ini...

Moga hari ini dan seterusnya akan lebih bermakna, menjadi lebih baik... Bak kata orang putih, "as year passes, we are not growing older, but getting better"... Erkkk??? Betul ke???? Huhuhu~

Azam tahun baru, masih sama mcm tahun lepas kot... Byk azam, tp azam yg paling MAIN ni lah yg kena repeat every years sbb liat sgt nak tercapai... Hehehe...

AKU NAK JADI RAJIN!

Hahaha... Bukan sebab aku MALAS tau, tp sebab sku KURANG RAJIN je...

AKU NAK RAJIN (melakukan perkara2 yg ter'listed' di bawah)....

  • ... bangun awal pagi, supaya tak lambat nak siap2 gi kerja... Asyik 'berebut-senggaut' je hari2... Adeh! Segan jg hari2 tengok Mr. Khoo geleng kepala tengok perangai aku... Huhuhu...
  • ... masak utk lunch & dinner aku, so x payah la aku makan kat kedai hari2... Jimat sikit duit gaji aku bulan2 kan??? Makanan kat kedai bukan berkhasiat sgt... Byk minyak, byk gula, byk garam... Blh terjejas faktor kesihatan aku... Huhuhu... Nasib baik lah, paras gula, paras kolesterol serta tekanan darah aku berada pada tahap normal... Kalau tidak, dah tentu ubat yg aku tgk hari2 kat tempat kerja akn jd makanan aku pulak
  • ... buat kerja2 office... Aku juga kena rajin layan karenah customer yg mcm2 perangai tu... Biarlah aku rasa mcm nak mengamuk or nak hentak kepala kat dinding sekalipun, aku mesti kena layan karenah mereka baik2... Cakap lemah lembut, bibir tak lekang dengan senyuman... Cewwah! Hehehe~
  • ... study, buka buku... Tak mau tgh2 buka buku aku terlentok tertidur... No! No! No! Starting from today onwards, aku kena rajin belajar... Tekad azam baru ni... Hihihi...
  • ... dengar cakap mak & bapa aku... Heiyya! Tak mau degil2 dah... "Ma... Pa...! I'm promised!"
  • ... mendekatkan diri dgn yg ESA... Itu yg paling penting & utama... Tak mau, time susah2 baru nak bersujud mengadapNya... InsyaAllah...
  • ... dlm melakukan semua perkara yg aku buat hari2... X kisah la apa2 pun...


Heeeeeee~


Oppps!!!

Last but not least.... Aku NAK RAJIN UPDATE BLOG... Kesian blog aku, tersadai dua tiga bulan sbb aku sibuk sgt dgn kerja, & study... Bukan malas tau, tp agak sibuk... Hehe~