Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, June 16, 2010

♥ Mbang...

Dlm perjalanan pulang dr Saratok ke Kuching. Singgah sebentar di Betong utk mencuci mata.

Semasa mataku asyik melilau melihat panorama di sekeliling & bertamu di pasar tamu Betong, tiba2 seorang pak cik yg berjual di pasar itu memanggilku.

Pak cik itu meminta aku utk bercakap dgn sepasang pasangan orang Putih...  Aku faham, may be pak cik tu x pandai berkomunikasi dlm bahasa Inggeris.
Org Putih itu katanya tgh dlm trip dr Sematan ke Brunei. Mereka ni nak ‘round’ satu Borneo kot...
Orang Putih itu pulak, meminta aku story la psl sejenis buah ni... Hmmm...

Aku...? Errrr... Tergamam, x tau nak cakap apa... Bkn x pandai cakap Inggeris, tp x tau pasal buah tu... Sbb? Sbbnya, aku pernah tengok je... Nama & rasanya pun aku x tau... OMG, malunya... Rakyat tempatan mcm aku ni x tau pasal buah yg ada kat tempat sendiri.

Aku pun tanpa membuang masa terus bertanya dgn pak cik itu tentang buah tu, dr A sampai Z. Pastu, apa lg, aku jwb la soalan org Putih tu td. Setelah mendengar cerita aku ttg buah tu, pasangan org Putih tu pun cuba memakannya... Hahaha, paling kelakar mat & minah salleh tu makan buah tu begitu saja... Alahai, knp la korg x minta dipotongkan dulu buah tu... Ish3... Kurang senonoh pula mereka ni aku tengok...

Sampai je aku di rumah, aku story lah pengalaman memalukan itu kat family & kawan2... Berdekah-dekah mereka gelakkan aku.

So, back to the topic...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tau x ini buah apa?

Inilah buah yg org Putih tu tanya, tp aku x tau nak jawab mcm mana. Teruk betul! So, sini ada sedikit info ttg buah ni yg aku baru tau... So, lepas ni klu ada org tanya aku pasal buah ni, aku blh la jwb... Hehe...

Ini adlh salah satu drpd buah2-an tempatan yg ‘rare’ yg mungkin hanya didapati di Sarawak. Aku x tau lah, klu2 buah ni ada kat negeri2 lain... Sbb aku x pernah lg tengok buah ni kat Semenanjung. Serata negeri jg aku dah pergi, tp aku belum terjumpa lg. Mungkin ada jg kot. Nama pun dah ‘rare’ kan?

Buah ni seasonal... & diberi jolokan yg pelbagai oleh masyarakat kat sini... Ada yg memanggilnya dgn nama buah ‘bambangan’, ‘membangan’ or  ‘asam embang’ terutamanya org Melayu di sini. Ada yg menyebutnya buah ‘mawang’ or ‘mbawang’ ~ nama ini lah yg pak cik Iban tu bgtau kat aku... Org Melanau pulak menyebutnya dgn buah ‘balem’. Alahai... Byk betul namanya...

Ciri2 buah ni... Bulat, berkulit kasar berwarna perang... Isinya berserat... Rasanya ada yg manis, & ada yg masam. Kata mak, yg manis lg sedap & berkualiti. Buah ni x besar sgt... Sedang2 je, & klu dah masak, beratnya blh mencapai ½ kilo hingga 2 kilo (besar punya).

Buah ni klu masih muda, isinya putih. Kulitnya melekat dgn isi. Rasa pulak kelat masam. Biasanya org akan buat jeruk, & blh dimakan bersama nasi. Ada jg yg membuatnya sebagai ulam & dimakan bersama sambal belacan. Hmmm... Multipurpose jg ye buah ni. Bukan itu saja, kulit buah ini blh dimanfaatkan. Bagaimana? Makan lah ~ jeruk & ulam... Tp, jeruk ke, ulam ke – aku belum pernah cuba lg. Lain hari aku try...

Buah ni yg dah masak, isinya berwarna kuning, berjus & berserat... Yg bestnya, buah ni x perlu dikupas kulitnya mcm buah mangga bila dah masak. Just potong satu dua bahagian, kemudian tarik keluar je kulitnya. Rupa isinya seakan buah mangga & kuini. Tp, tetap ada bezanya, iaitu fibrous fleshnya & rasa yg masam manis. Aromanya pun segar & harum...

Once dipetik & jatuh dr pokok, buah ni blh disimpan lama. Selama mana, aku x tau. Klu dah nampak buruk & busuk, means dah rosak la tu. Yg penting, buah ni ada khasiatnya yg tersendiri... Confirm kaya dgn Vitamin C, yg bertindak sebagai antioksida... So, org yg tgh demam mcm aku ni, mmg elok sgt lah makan buah ni.

Tempat popular dgn buah ni, sure la kat kawasan Betong & ke atas. Kat Kuching pun ada jg, x da la nampak byk sgt mcm kat area sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Utk info yg lebih lg ttg buah ni, dipersilakan menjenguk ke link di bawah ini... Sempat jg aku cari info pasal buah ni...


♥ WC : Kecewa...

Lg entri pasal bola... Sempena musim Piala Dunia yg sedang berlangsung sekarang ni... Hmm...  Kalau ada yg follow, sure ada la yg tengok entri aku sebelum ni tentang negara pilihan aku...

Apa lg? Spain la atau nama lainnya Espana or Sepanyol...

Berbanding perlawanan lain, aku lebih teruja utk menyaksikan aksi Spain di padang... Tp... It was my biggest upset since last night until this time...

Kecewa! Sungguh aku kecewa dgn kekalahan mereka dlm saingan pertama kumpulan menentang Switzerland...

Cubaan demi cubaan yg dilakukan, tp langsung x membuahkan hasil... Kesilapan demi kesilapan dilakukan... Mungkin kerana tekanan dr pihak lawan dgn serangan Spain yg bertubi-tubi... Switzerland obviously menggerakkan jentera pertahanan hingga Spain sukar utk membolosi pintu gawang... Gol jaringan kemenangan Switzerland pula pd pandangan aku adalah dek kelonggaran barisan pertahanan Spain... Mana2 pasukan pun x kan lepaskan peluang kalau bola mati tepat di depan pintu gol, & itulah yg dilakukan oleh Switzerland utk memenangi perlawanan... Luluh hati aku dgn gol tu...

Menguasai permainan sebanyak 64% mmg gaya sang juara... Tp, pabila tewas tanpa jaringan, akan adakah peluang mereka bergelar juara??? Aku harap masih ada lg peluang utk Spain melangkah ke peringkat seterusnya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah awl2 lg aku kecewa dgn Spain ni, sbb pemain pilihan aku, Fernando Torres & Cesc Fabregas tidak beraksi pd mulanya... Torres masuk pd minit separuh masa kedua... Fabregas pula, langsung x masuk... Aku x tau sgt apa taktik & strategi dlm bola sepak... Tp aku harap percaturan dlm perlawanan Spain menentang Chile & Honduras beroleh kemenangan...

Saturday, June 12, 2010

♥ Siapa Kata Aku Tak Pandai Bercinta???

Hahaha... Saja2 serta sengaja meng'highlight'kan tajuk berbentuk cinta... Sure, ada yg meluat & nak termuntah bila tengok topik cinta terpampan menjadi topik di blog... Mcm x de cerita lain?

Ada aku kisah? Blog aku kan...? Hahaha...

So, cinta n love2 mode ni... Aku nak change sikit cara penulisan blog aku... More to jiwang2 karat punya words... Jgn marah yer... Klu sudi, baca je... Klu x, what-to-do? Good bye to you... Huhuhu...

X pe... Aku demokrasi... It's up to you to follow or to leave... Huhu...

Okay... Let's get started!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semenjak aku menjejaki usia 20an, meninggalkan usia belasan yg manis, ada saja yg bertanya...

"Pernah bercinta ke....?" Muka mcm aku ni mcm ada BF ke? Lg, ada2 saja kawan2 yg cuba menyelongkar rahsia di sebalik hati aku... Hmmm...

Aku cuba bermonolog...

"Milik siapakah hati aku ni ye?"

"Siapakah di hati aku?"

Mampu tersenyum saja dgn monolog soalan yg direka oleh aku sendiri... Sedangkan aku sendiri x tau apakah jawapannya...

Alam persekolahan aku... Jujur! No puppy-love at all... Love with monkey lg la x pernah... X taulah kenapa aku ni x nak bercinta di alam persekolahan... Hmm, x pasti jg la sama ada aku yg x nak bercinta or mmg x da org yg nak bercinta dgn aku... Hahaha... X kisahla apa2 pun...

Akhir2 ini, pertanyaan tentang 'cinta' aku di kala aku berada di alam persekolahan dtg kembali membisik di telinga... Kawan2 aku ni x habis2 ingin mengorek rahsia... Almaklum sajalah, kebetulan berjumpa teman lama aku & pd masa yg sama aku sibuk ke sana-sini cuba sedaya upaya memenuhi utusan walimah... Cuti sekolah, byk la majlis kenduri kahwin... Hal ni, aku dah sebut jg dlm entri sebelum ni...

Menghadiri majlis kahwin kawan2 ibarat reunion yg x dirancang... Pasti akn bersua jg dgn kenalan lama walaupun x semuanya... Seronok jg dpt bertukar-tukar cerita... Kini masing2 telah membawa haluan yg berbeza... Aku je, masih lg x berhaluan... Hahaha... InsyaAllah, akn berubah bln hadapan... Hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alkisahnya... Aku still bujang since aku break dgn bekas BF aku Februari tahun lepas... 2 tahun memendam rasa kasih & sayang akhirnya berakhir dgn perpisahan... Melepaskan dia pergi demi kebahagiaannya bersama org lain... Kisah cinta yg pertama hadir dlm hidup aku itu mmg langsung tidak diketahui oleh kawan2 sekolah aku... Bagi aku, buat apa nak heboh2...

Seorang teman menilaikan bahawa aku ni x pandai bercinta... Dia menyuruh aku utk cuba belajar bercinta... Yelah, aku keseorangan & selalu berseorangan ke mana2... Klu berteman pun hanya bertemankan adik2 aku, sepupu2 aku serta teman sekampung ku... Mungkin diriku selalu dianggap kesunyian tidak berteman... Perlu ada penghuni lain dlm taman hati... Keh3...

Hahaha... Aku senyum saja... X pa, dia x tau... Dan, dia x perlu tahu kisah cinta pertama aku dgn jejaka Melaka itu... Biarlah... Biarlah aku simpan segala rindu & cinta aku utk si 'dia' aku kelak... 'Dia' bkn dia... Mengharapkan yg dah pergi, mmg x da maknanya lg... Betul x?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dia... Insan lain... Kawan aku. Jg dikenali oleh kawan2 aku yg lain di sini... Sungguh, aku x da apa2 perasaan terhadapnya... Hanya kawan biasa saja yg mampu ku uraikan sbg jawapan kpd erti perhubungan aku dgn dia...

Tiba2 dia hadir meluahkan kata...

"I Love You..."

& jg mengatakan bahawa dia sedia & setia menanti jawapan pasti aku... Hmmm...

Ish... Betapa x bestnya dengar ayat tu dari seorang yg kita anggap KAWAN sahaja...

Tp, betul ke apa yg diucapkannya? Atau, mainan bibir semata-mata...?

Lg sekali, aku dianggap x pandai bercinta oleh teman2... Hmm...

Ada siapa2 lg x yg nak cakap & anggap aku ni x pandai bercinta???

I'm drowning... Hahahaha....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, June 11, 2010

♥ WC : Negara Pilihan...

Wah! Sekarang ni kira sana sini sibuk cerita pasal bola... Demam Piala Dunia sudah bermula... Yeay! Bkn selalu temasya sukan kegemaran seluruh dunia ni berlangsung & bersiaran... 4 tahun sekali je kan???

Aku tgk bloggers lain pun byk yg duk cakap2 pasal World Cup ni... So, aku pun sama jg la... Nak join sekaki, story-morry pasal World Cup ni... I don't wanna miss a thing... Ceh! Hihi...

Baru je tengok perlawanan antara tuan rumah Afrika Selatan & Mexico td... Keputusan seri 1-1... Aku x tengok dr awl sbb aku sibuk layan kartun dlm bilik... Tp, part last2 tu ada gak aku tengok... X sokong mana2 team pun td... Tp pd mulanya aku menjangkakan Afrika Selatan akn menang... Maklumlah, pressure dr penyokong yg ramai tentu akan membakarkan semangat juang... Tp, sayang juga pada saat2 akhir perlawanan Afrika nyaris menambah 1 lg gol... Tp x berjaya... Berkekalanlah jaringan 1-1 hingga je akhir perlawanan...

Haaaaaaaaaaaaa...

Aku mcm biasa... Pasukan negara favourite aku adalah SEPANYOL... Dari sekolah lg aku dah jd penyokong setia team ni...

Antara sbb kenapa aku sokong Sepanyol pd edisi WC kali ini adalah kerana jejaka kat bawah ni... Hahahaha...

Encik Torres, nanti main baik2 ye... Skor gol byk2... Hihi...

Encik Fabregas... Tak sabar nak melihat ke'comel'an mu bermain di atas padang...

Kalau ada team Malaysia bermain dlm WC, sure aku x sokong negara budak kat atas ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nombor jersi 9 & 10 tu sebenarnya nombor bertuah... Hahaha... Almaklumlah, birthday aku... 9-10-........... Daaa~

Majulah sukan utk negara...

♥ Lagenda Budak Setan...

Waaaaaa!!! Quick update!

Tgh sibuk2 melewati blog2 rakan bloggers ni, aku terdengar lagu "Bila Cinta" dari TV. Channel apa x pasti la sbb aku kat dlm bilik, TV pulak kat luar bilik... Ruang tamu la tu... Huhu...

Hilangnya Cintamu - Filianti Vlee (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan...

Lirik ni aku copy dr blog Anizyn

Bila Cinta (walaupun bkn tajuk asal lagu)! Suka suki aku je letak tajuk lain... Nyanyian siapa pun aku x tau sbb aku jarang nak ambil tau sgt lagu2 ni... Main sedap telinga aku mendengar je... Yg td tu aku dengar versi lelaki... Sebelum ni aku dengar versi perempuan... Video klipnya pun aku tgk sekilas2 je... Tp, lagu tu mmg sedap...

Bercakap pasal lagu Bila Cinta ni, umum mengetahui lagu tu merupakan soundtrack kpd filem Lagenda Budak Setan...

Haha... Out-dated betul aku ni kan? Punya la lama aku tgk trailer filem ni kat TV baru skrg sibuk nak sok sek... Hehe...

Aku nak tgk la cerita yg diadaptasi dr novel terlaris Malaysia karya Ahadiat Akashah (betul ke aku eja nama dia ni???) ni... Hee... Untuk pengetahuan korang, aku pernah baca novel ni... Seingat aku masa aku sekolah2 dulu... Lama la, dlm aku Form 2-3 mcm tu... Aku pinjam dr kawan. Seingat aku, pemiliknya Along, or nama betulnya Nurul Fadzila. Aku mmg hantu novel masa sekolah dulu pun... Asal ada novel je, mmg akn baca punya. Klu x baca pun, dengar jln cerita dr kwn2... Mmg best!!! Storyline dia ada la yg aku ingat sikit2 dgn watak2 dlm tu... Leleh beb... Boleh aku katakan, novel ni, kira paling popular kat hostel aku masa tu...

X sangka pula difilemkan... Aku nak tengok kisah cinta Kasyah & Ayu tu yg dizahirkan melalui lakonan Farid Kamil & Lisa Surihani... Mmg sesuai la mereka ni pegang watak tu, dgn Lisa yg memegang watak Ayu yg sgt ayu tu...

Bila membaca, tentu minda kita automatik akan berimaginasi dgn mainan kata penulis yg kretif dlm novel tu... Dlm otak ni seolah-olah ada drama yg dilihat dr mata pembacaan... Cewwah! Ayat aku...

Bila filem ni start aku pun x tau... Dah berada di pawagam kot... Aku betul2 nak tgk... Nak tgk kat cinema? Hmmm...Terus terang, kat Sarawak ni aku belum pernah tgk wayang pun... Huhu... Mcm ne ek?

Nak tengok mcm ne ek? Pergi cinema ke or beli DVD or torrent je??? Hmmm...

Sbb aku pernah baca novel ni je aku nak tengok cerita ni... Harap2 lah standard filem Melayu 4-5 bintang...

Novel ni ada lg ke kat pasaran??? Aku nak beli la satu...

♥ Come Back...

Lamanya aku menyepikan diri dari ber'blog' ni... Terasa x adil lak buat yg dah follow blog aku baru2 ni sbb dibiarkan sunyi sepi je... Huhu... Klu org buka blog aku yg dah bersawang ni, sure ada yg kata mcm ni...

"Baik x payah buat blog klu malas nak update..."

"Ada blog pun x de guna klu empty je..."

Busy sgt sejak akhir2 ni... Run sana sini mencari kerja... Nak online pun sekejap2 je... X buka blog pun x sempat... Just sempat buka Facebook je... Masalah internet pun satu hal jg... Mmg musim cuti2 sekolah & semester ni, aku x da peluang sgt nak menghadap PC or laptop berjam-jam mcm selalu... Adik2 aku dah conquer semuanya awl2... So, kena beralah sikit...

Masuk sebulan dua ni mmg sgt busy... Attend reunion kelas 5 Science 1 & 2 (kelas aku nombor 2) SMKMT sesi 2003, majlis kenduri kahwin saudara & kawan2... Minggu lepas je, 2 org kwn sekolah aku kahwin... Tahniah buat pasangan Dayang Norkamala & Mohd Azmie serta Siti Aisyah & Sidi Ghazali.... X sangka percintaan di alam persekolahan korang sampai ke jinjang pelamin akhirnya... Tahniah! Dlm tempoh 3 minggu berturut-turut ni jg ada lg 3 majlis... Best2... Makin gemuk la aku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berita gembira aku nak share buat semua... Nak tau??? Aku dah dapat kerja dlm bidang pharmaceutical marketing... Nationwide punya company... Representative saja... Bkn kerja yg vogue2 pun... Huhu... So pasni, hidup aku akn bertambah busy la dgn kerja... Kira okey lah... Pendapatannya jg serta bidang kerja itu mmg yg bersesuaian dgn minat & kelayakan yg aku ada... Aku bersyukur sgt2... Akhirnya aku x perlulah duduk melepak buang masa kat rumah... So, next month aku dah tetapkan utk mulakan kerja... I'm so happy...

Sesungguhnya aku mmg rasa sgt gementar yg sgt2... Yelah, bakal bekerja dlm kelompok bangsa yg majority nya bkn Melayu... Pastu, byk jumpa org... You-know-what? Aku ni kan jenis manusia yg x byk ckp... Lepas ni aku kena jd lebih peramah... I will! Hmmm...

Yg paling gembira pastinya mak aku... Ye lah, berkat doa mak aku jg, aku yg liat sgt nak pergi cari kerja & dapat kerja ni, akhirnya mendapat kerja...

Pasal interview kat UiTM tu, aku x tau apa keputusannya sbb menurut mereka dlm bln Jun ni jg mereka akan memberitahu keputusannya sama ada aku berjaya atau x menyandang jawatan tu... Tp, x pe la, yg penting sekarang, aku dah dapat kerja...

Peluang mungkin hanya datang sekali ni je... Akn aku manfaatkan utk belajar & timba pengalaman baru...

Thanks God, for giving me this chance...