Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday, April 20, 2010

♥ Senyumlah...

Lamanya x mem'blog'kan diri... Angka pengikut pun dah bertambah sedikit... Hehe...

Where & which to start hmm...?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Eeee... Bencinya dgn org2 yg suka mengata perihal org lain. Klu org ikhlas nak berbuat baik, balasannya adlh kata2 yg x enak didengar. Contohnya, “dia buat baik ada maksud tu...”... Ish3...

Bila org ambil berat tentang sesuatu perkara tu, kena kata pula, “jaga tepi kain org, kain sendiri x terjaga...”.

Bila buat ‘dek’ je dgn apa2 yg berlaku di sekeliling, org kata pula tak prihatin dgn keadaan, permasalahan & sebagainya...

Yg bercakap x serupa bikin lg lah menyampah... Paling worst ialah mereka2 yg siap mengaku kawan kpd si mangsa td. Best friend forever konon... Tp...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Introduction saja...

Hehe... Aku bkn nak story yg aku ni terjebak dgn permasalahan di atas. Pernah ada, tp normal la kan klu hidup sebagai manusia di muka bumi ni. Klu jumpa beribu org2 yg mcm ni, x kan setiap seorang tu kita nak bg penampar, penumpuk or penyepak. Betul x? Penuh dgn gangster la dunia ni, alamatnya...

Dah lumrah dunia ni ~ kita akn berdepan dgn pelbagai karenah manusia, as u like it or not...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Well, umum mengetahui yg aku ni single & available... Umur aku tahun ni baru nak masuk 24 tahun. Hmmm, muda lg kan? Ish, punya lah risau mak aku sbb aku ni masih x da boyfriend lg. Takut kot2 nanti, jd anak dara tua katanya. Ala, mak... Baru 24, belum 42 lg... Huhu...

Hmmm, tp nak buat mcm mana. Dah x da org yg sudi menjadikan aku ni girlfriend mereka. Klu aku menjunjung pepatah “perigi mencari timba”, nampak sgt desperate. I'm not that desperado, k? X kanlah aku nak iklankan diri aku kat agensi pencari jodoh kot. Ahhh... X nak la! Buat malu aku je!

Ini semua gara2 sepupu2 & kawan2 aku yg sebaya dgn aku yg dah berkahwin & bakal berkahwin... Sbb korang kahwin dulu dr aku, mak aku jealous tau... Huhu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adi kata, “Dayya, aku rasa kau ni kena improve sikit dr segi personality. I mean, you should be more friendly. Suka senyum kat orang. Then, baru jodoh kau cepat sampai”.

Kwn aku ni bercakap mcm aku ni x suka senyum pulak. Adeh! Kelakar... Haha...

See... Aku bukan takat senyum, dah gelak terbahak-bahak dgn statement kau tu. Bila pula aku kata aku nak bertemu jodoh cepat2??? Memandai je. Peramah? Hmmm, peramah jg kot, tp kurang sikit. Bkn sbb aku sombong tau, tp sbb aku ni mmg jenis x byk ckp. Kdg2 aku cari perhatian jg la utk try to start a conversation & make it more colours. Tp itulah, selalu bergantung dgn situasi & mood aku time tu.

Pasal senyum... Hmmm, aku senyum la! Cuma, may be org x perasan senyuman manis aku. Aku klu nak senyum, tersengih-sengih mcm kerang busuk tu, x boleh gak. X pasal2 cop aku gila nanti.

May be mcm ni... Bila aku senyum kat org x semuanya nak senyum balik kat aku & begitu jg lah sebaliknya. Then mulalah cakap2 belakang yg kata aku ni sombong. Saja buat2 x nampak or x kenal... Ceh! That's very2 wrong interpretation, you know? By nature aku jenis org yg akn senyum kat siapa2 yg aku nampak... But not at lelaki lah, unless aku kenal... Aku main senyum je nanti karang lain pulak mereka fikir. Maklumlah, lelaki ni kdg2 menduga yg pelik2. Hehe...

Buat yg mengenali aku dr hujung rambut hingga hujung kuku kaki ~ thank you very much for being most understanding person in the world. Yeah! Keep up the good work lah eh... To Adi, InsyaAllah, I'll try to improve my personality. Klu itu x berhasil jg, agaknya kena mandi air bunga lah ye...? Huhu...

So, to end my pot-pet pot-pet here, just want to remind la kat you all yg berada di luar sana. Klu ternampak aku & at the same time aku x senyum kat korang, pandai2 lah approach ek. Kdg2 aku x perasan. Huhu...

We're all just tiny dots in this super big universe. What are we doing? What are we trying to do?
Smile... God is watching you...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada kaki, JALAN...
Ada mulut, SENYUM...

Tuesday, April 13, 2010

♥ Painless Pain...

Demam, since last Saturday.

Kulit pun gatal2. Rashes merah2 sana sini. Paling teruk kat bahagian leher... Jg happen, since last Saturday.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DEMAM.

Sabtu pagi, aku tolong bapa aku bersihkan kawasan antara upper ceiling surface & rooftop (x tau apa nama yg sesuai utk tu) rumah. Aku lah yg kena panjat naik atas bumbung tu sbb kononnya aku ringan, blh masuk kat celah2 tempat tu. Mmg aku kurus & ringan pun (maaf, ini statement memuji diri sendiri)! Huhu... Nasib baik rumah ni setingkat je. Klu bertingkat-tingkat, x tau lah mcm mana dgn aku yg gayat berada di tempat tinggi ni...

Kucing dr mana entah beranak kat atas tu sampai anak2 kucing semua dilahirkan mati. 4 ekor semuanya termasuk emak kucing. Kasihan. Bila dah mati, sure lah busuk. Mana ada bangkai wangi kan? Kesannya, 1 isi rumah berbau bangkai. Hampir 2 hari rumah aku ber'aromaterapi'kan bau bangkai.

So, aku dgn x rela hati menjalani tugasan yg bapa aku beri tanpa sebarang bantahan. X nak jd anak derhaka, konon. Memanjat anak tangga, masuk ke celah2 atas siling tu dgn merangkak perlahan-lahan.

Fuh, busuk giler! Uwekkk... Termuntah-muntah aku dibuatnya di atas tu. Mask yg aku pakai x mampu menghalang bau2 busuk bangkai tu drpd menusuk ke hidungku. Mana x busuk 1 rumah, bangkai dah 2 hari. Dipenuhi ulat2 pulak tu. Eeii... Ulat! Lg lah aku termuntah-muntah. Kerja alah tu aku teruskan jua ~ dr mengangkat bangkai kucing2 masuk ke dlm beg plastik hinggalah membersihkan seluruh kawasan yg busuk tu menjadi wangi.

Rasa loya berterusan walaupun selesai melakukan kerja alah tu. Nak makan apa2 pun x lalu. Mak menyuruh aku minum bancuhan oral rehydration salt (ORS) sbb dah byk muntah td. Aku malas! Tp, minum jg sampai habis.

Beransur petang, aku tiba2 rasa x sedap badan. Sejuk, padahal hari tu panas giler. Rasa lenguh2, x sedap tekak, pening2 & selesema. Itulah sign & symptom bila aku nak demam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

RASHES.

Mlm hari Sabtu tu jg, aku ikut Seema ke PJ, gathering member2 ala2 reunion gitu. Aku x da kena mengena pun dgn mereka, just temankan kwn aku ni je.

Dlm keadaan x berapa nak sihat tu pun aku blh lg keluar ikut kwn semata-mata nak isi perut. BBQ, babe! Favourite aku tu. Dahlah, seharian tu aku x makan sbb rasa loya bangkai tu x hilang2. Dengar nama BBQ je aku dah terliur. Berbunga-bunga jiwa raga aku sbb excited sgt nak mkn BBQ.

Hehe... Klu bab makan2 ni, serius aku x prnh tolak lebih2 lg klu makan free. Rugi klu x nak. Betul x?

Alamak! BBQ seafood. Klu awl2 lg aku tau ‘seafood’ yg di'BBQ'kan, sure awl2 aku dah reject pelawaan Seema. Dia pun x bgtau aku & lupa yg aku ni x makan seafood.

Aku ni alergi dgn makanan yg berprotein tinggi seperti seafood ni. Tp sebenarnya, seafood tu adlh makanan favourite aku. Sedap tu kan???

Mix feeling ~ sedih, rugi, malang, x puas hati. Sbb? Benda2 yg sedap mcm ni, ada had pula utk aku memakannya. X adil betul!

"Oh, di manakah keadilannya???!!!"...
Laungan tanda protes yg bergema dlm hati! Huhu...

Sbb aku lapar, & keinginan nak makan BBQ tu berkobar-kobar bak obor-obor. Opps, bak obor. Maka dgn itu, aku makan je tanpa menghiraukan alergi tu. Dah selalu pun aku degil mcm ni. X makan byk, sikit je... Sambil makan aku berdoa, “Ya Allah, jauhkanlah aku dr penyakit gatal2...” Amin...

Aku terus melahap dgn sedapnya... Nyum2...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2 peristiwa dlm 1 hari mengundang penyakit pd diri aku sampai hari ni. Alhamdulillah, dah beransur sembuh... Aku dah tenat penat menghadapi sakit ni.

Aku x jumpa doktor pun, sbb dah biasa sgt perkara ni terjadi kat aku. Belum jumpa doktor lg, aku dah dpt agak apa yg bakal beliau tulis dlm kertas preskripsi.

Paracetamol 500mg utk demam. Antibiotik. Apa2 je ubat dlm kategori antihistamine especially yg biasa aku telan, Cetrizine 10mg (kot...) & Loratadine 10mg, Clarinase (Loratadine + Pseudoephedrine, maaf lupa dose) Piriton 2mg, ubat batuk Benadryl expectorant, & bla bla bla... Lozenges utk sakit tekak. Lotion, ubat sapu jenis steroid or apa2 jenis pun. Multivitamin utk supplement...

Makin byk sakit yg aku complaint kat doktor nanti, maka bertambahlah list ubat2 tu.

Sbb tu aku mls nak jumpa doktor. Takut nanti, aku akn ckp sakit yg mcm2, tp mmg benar, selalu dihadapi...  Aku  selalu sakit perut (gastric), pening kepala (migraine), ssh nak tidur (insomnia), sakit mental-fizikal (stress), nervousness sampai menggigil (Parkinson), pelupa (Alzheimer) & sebagainya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

So, moral of the story is... “Mencegah lbh baik drpd mengubati...”...

Thursday, April 8, 2010

♥ Refleksi Diri...

Bagaimanakan ku mula, & apakah kata2 yg indah utk ku abadikan... Setiap wajah berkisah, setiap madah bererti... Manakah ilhamku...??? Hehe... Sorry ye Pak Cik M. Nasir... Sy pinjam seni kata lagu Suatu Masa utk intro entri kali ni.

Hmm... X tau mcm mana aku nak mula. Aku sebenarnya ketandusan ilham utk menulis. Wlupun x da idea, aku gatal tangan gak nak post entri baru kat sini. Huhu... Teruk betul!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Drpd menulis kosong tanpa sebarang cerita yg best, so aku nak share la sesuatu yg aku peroleh hasil drpd pembacaanku dr sebuah buku.


Sekadar utk berkongsi...
  • Hadiah – ilmu yg kekal pd jiwa yg kental bagai sinar mutiara yg subur, & x prnh luntur meskipun di ladang lumpur.
  • Angin – terima kasih krn menghantar kesegaran lumayan ketika manusia lemas dlm kepanasan.
  • Kecantikan – semakin lama dilihat, semakin menarik, x prnh terusik biar lama mana masa berdetik.
  • Sedekah – syiling yg jatuh di bekas tanpa berbunyi.
  • Balasan – nyamuk yg menggigit tajam pd malam yg suram ialah bayaran utk memperoleh sebuah kepuasan mengail ikan.
  • Berdikari – menyuap makanan ke mulut dgn tangan sendiri.
  • Pengorbanan 1 – satu pembersihan hati yg unik.
  • Pengorbanan 2 – mengalah utk menjadi hero.
  • Kegagalan – jika kita gagal mendapatkan org yg istimewa, sebenarnya kita belum cukup istimewa utk mendapatkannya.
  • Hari mati – ingatilah hari matimu seperti selalunya engkau mengingati hari jadimu.
  • Pujian – alangkah tidak enaknya memuji diri sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"The flower that blooms in adversity is the most rare & beautiful of all..." (Mulan)

Sunday, April 4, 2010

♥ Jodoh di Tangan Tuhan...

Bunyinya agak kelakar bila aku dengar Ina menyebut tentang pepatah ini di telefon semalam. Katanya, "asam di gunung, garam di lautan, di periuk belanga juga akhirnya bertemu". Kedengaran agak pelik sbb first time aku dengar pepatah tu. Klu "ikan di laut, asam di darat, dlm periuk bikin muafakat" selalu jg lah aku dengar. Huhu...

Ina call aku semalam. Terkejut jg aku bila dia ni tiba2 je call. Mula2 aku rasa pelik jg, tp aku jwb je panggilan tu, & aku jg sempat meluahkan rasa rindu yg teramat krna dah agak lama terputus perhubungan. Mana aku x pelik?! Selama hari ini, dia buang batu je kat aku. Nak sms or call jarang sekali.

Last sekali aku jumpa Ina, masa konvokesyen bulan Ogos tahun lepas. Masa tu pun, takat jumpa ala2 je. X sempat nak berbual panjang2 sbb intention pd masa tu hanya nak berkonvo. Jumpa kwn, borak2 sikit, bertanya khabar & berkongsi perkembangan sejak meninggalkan kampus. Masa amat singkat & kwn2 pun sibuk jg pd masa tu termasuk aku. Last Ina sms (call langsung x...) dlm bulan 11 or 12, saja inform yg dia dah tukar nombor, & guna nombor telefon yg baru. Selepas tu, aku x jumpa lg dgn dia, & x ber'sms' mahupun ber'calling'...

Ina menjemput aku dtg ke majlis perkahwinannya, awal bulan Mei nanti. Itulah tujuan dia call aku. Sbb dulu, kami sekawan prnh berjanji, klu dah nak kahwin nanti, jgn lupa jemput. Ina, dah tunaikan janji.

InsyaAllah, aku akn cuba utk menghadirkan diri. Majlis berlangsung di rumah keluarganya di Klang, Selangor. Tp, aku rasa, mcm x blh nak dtg je. Jauh tu, nak kena fly merentasi Laut China Selatan...

"Ina, finally you've to settle down. I'm so jealous!".... Haha (gelak2 manja)...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DULU...

Aku ingat lg, di dlm kelas kuliah sambil mendengar lecture (aku lupa utk subjek apa, Physiology kot), aku telah dikejutkan dgn gegaran dr handphone ku. Biasalah, dlm kelas handphone harus berada dlm mode silent & vibrate. Ada sms dr Ina.

"Yah, temankan aku jumpa dia petang ni, k? Jumpa kat rumah..."... Sms itu berbunyi...

Budak ni... Nak dating pun ajak org... Mcm x biasa pulak dating berdua. Ish3...

Hmmm... Nak pergi ke x...??? Karang aku melopong je tengok org lalu lalang... Sedangkan pasangan yg hangat bercinta ni sibuk tersengih-sengih & menjeling-jeling antara satu sama lain. Akhirnya, aku terpaksa pergi jg, sbb dia dah siap tunggu aku sebaik saja kelas habis. Tp, aku ajak Cherry sekali... Huhu...

Ina ni bercinta sakan dgn pakwe dia, Ben (bukan nama sebenar) sejak zaman sekolah lg, & masa tu tgh study di UKM. Mmg couple yg paling hangat... Huhu...

Tp, itu dulu...

SEKARANG...

Ina dah nak berkahwin dgn org lain... Aidil (itu yg dimaklumkan) namanya... Not pakwe dia yg tadi... Mungkin dah tertulis, Ben bkn ditakdirkan utknya... Jodoh di tangan Tuhan kan?

Kita merancang, Dia yg menentukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ina, congrats!!! Moga berbahagia hendaknya, hingga ke akhir hayat... Amin...

Saturday, April 3, 2010

♥ Blogku Bermonolog...

Lama benar x update blog ku yg comel ni (perasan tol!)... Aku x da lah sibuk sgt pun sampai x da masa nak update story aku... Cuma ada sedikit malas je...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Entri aku yg pertama utk bln April ni, aku pun x tau nak tulis apa… Ku biarkan saja jari-jemari aku ni ligat menari di atas keyboard ni…

Huhu… April Fool? Alhamdullillah, aku x diperbodohkan, memperbodohkan & jd bodoh... Klu kena, aku hempuk je org tu dgn bantal bucuk aku! Amik kau! Huhu... Biar dia serik 7 keturunan sbb meng'april fool'kan aku pada tarikh 1 April yg berbahagia tu…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kdg2 aku terfikir gak… Hmmm, aku tulis blog pnjg2 mcm nak jwb esei Bahasa Melayu STPM ni, ada org nak baca ke? Mcm x da je...

Tp, aku x kisah pun ada org nak baca or x (sedih actually…) Yg pasti tukang baca, semestinya adik2 aku… Siap je blog yg aku tulis, aku akn suruh Sasha, Ayu & Aswad baca… Blog aku ni dah jadi favourite link kat browser kat laptop mereka semua… Teruk benar kakak ni kan? Hahaha…

Hmmm… Kat mana lg aku nak berceloteh dgn pnjg lebar klu bkn kat sini… Betul x??? Klu korg nak tau, dlm blog ni je la aku persis si burung murai... In my reality life, 'haram jadah'nya aku nak ckp byk... Pendiam-type mcm org hampir nak bisu, boring–type tahap iklan kat TV tu... Stereo-type??? X kot… Huhu...

Sekurang-kurangnya aku x kaku & kekok bila bercakap di alam maya yg serba-serbi canggih ni.. Mcm kat Facebook & blogspot ni. Dgn hujung jari je dah boleh bercakap... Sbb itulah aku main blog ni...

Why I'm blogging??? Sbb aku nak canang cerita psl aku ni kat seluruh dunia... Aku x mampu nak tulis dlm bentuk penulisan hingga terhasilnya sebuah buku utk jd bahan bacaan umum. Wlupun dulu, aku pernah bercita-cita nak jd penulis. So, biarkan saja blog ini berbicara. Sbb itu aku bg title *CERITERA ~ SPEAKING MY WORDS* utk blog aku ini... Mungkin nanti bila aku dah tua, InsyaAllah, aku akn suruh anak2, cucu2 serta cicit2 aku follow cerita aku kat blog ni...

Biar mereka tau serba sedikit cerita ttg kesengalan ibu/nenek/moyang mereka ni masa muda2 wlupun x byk bercakap, tp byk menulis... Klu boleh wasiat aku nanti pun, aku nak tulis dlm blog ni... Hahaha... Wasiat? Apa je harta yg aku ada???

Buat followers (korg tgk la siapa yg ada kat tepi belah kanan tu) aku yg 10 org (sikitnya…) ni, terima kasih sbb sudi follow blog aku yg x seberapa ni... Aku tabik spring betul kat blog korg. Mmg best! Berinformasi, comel, penuh dgn idea2 yg aku sendiri x pernah terfikir... Salute sgt2!

Facebook pulak, selain blh berhubung dgn kwn2 lama masa sekolah, & kwn2 universiti, aku blh berkenal-kenalan jg org baru yg aku x kenal secara realitinya… Selain itu, aku blh release tension aku dgn bermain game2 yg ada kat dlm tu. X ketinggalan, game yg aku main kat Facebook seperti FarmVille… Hahaha… Aku x prnh berkebun, tp, kat FarmVille, aku adlh seorg petani yg berjaya ~ kaya pulak tu. Juta2 coin aku… Cash lak, takat puluh2 je.. Tp, kira ‘orite’ la tu… Hehehe…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam takziah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri, atau terkenal dgn nama Din Beramboi. Semalam terkedu seketika bila dapat tau akn pemergiannya ke Rahmatullah... Allah lbh sygkan dirinya... Moga arwah aman di sana & berada bersama2 golongan2 yg beriman... Amin...

Klu dulu, aku ketawa bagaikan nak terputus urat usus aku dgr & melihat telatahnya yg kelakar... Skrg, bila aku ingat & dgr balik lawak jenakanya, aku mcm x mampu nak gelak... Sayu & sedih mengenangnya...

Al-Fatihah…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~