Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday, December 15, 2010

♥ Dia...

  • Pertama... Seminar pasal ‘Abortion’. Ada lah sorg mamat yg tidak dikenali ni. DIA queue depan aku... So, aku dah tentu la stay kat belakang DIA...X tau sgt DIA ni, sbb dr belakang mmg x blh tengok DIA... Dpt tengok beg sandang DIA je. Kami masuk bilik seminar & dengar la talk tu sampai habis. Talk tamat. Aku balik semula ke tempat keje (sepatutnya lah)... Tp, aku terus je balik rumah. Malas pulak nak masuk office...
  • Kedua... Shocked!!! Mamat ni rupanya seorang doktor! X sangka, ini punya nerdy boleh jd doktor... Aku ni pun mcm x biasa jumpa org nerd... Mereka mmg bookworm, plus, sgt rajin & bijak... No wonder la blh jd doktor... Betul x?
  • Ketiga... Dah la nerd, sombong pulak tu...
  • Keempat... Aku buat2 x nmpak DIA ada kat depan. DIA nampak aku pun aku x tau lah. May be nampak kot... Atau saja buat2 x nampak... Mustahil DIA x nmpak aku yg sebesar anak gajah ni kan? Kalau x nampak, buat rugi duit je beli & pakai spec mahal2, tp rabun bertambah-tambah (mcm la aku tau harga spec DIA berapa, kan?)...
  • Kelima... Panas terik di tengah hari... Aku nak pandang DIA, tp silau... X blh nak nampak dgn jelas... Tp aku tau yg berada di hujung sana adalah DIA...
  • Keenam... Talk kali kedua. Pasal penyakit sawan pulak. Aku nampak DIA lg. DIA dtg lewat dr aku... Aku duduk pun agak jauh dr DIA. X tau kenapa pandangan mata aku sesekali tertumpu kat DIA... “DIA ni x cukup tidur ke semalam??”, fikirku di dalam hati... Aku nampak DIA tertidur. Sesekali DIA tersedar... Sah2 la DIA x fokus dgn talk tu... Aku pun x fokus, sbb asyik tertumpu kat DIA...
  • Ketujuh... DIA call pejabat. Aku pulak yg jawab panggilan. Aku x tau rupanya DIA di talian... Tersentak la sekejap, sbb terdengar suara yg menusuk kalbu di hujung talian... Baik punya cover, segala persoalan DIA terjawab dgn sempurna. Terngiang-ngiang jg la suara DIA tu kat cuping telinga ni...
  • Kelapan... DIA dtg ke tempat keje aku... & berhenti betul2 di depan tempat duduk aku... Boleh kata aku agak nervous... “Apasal la mamat ni tiba2 datang?”, cakap dlm hati sorg2. Aku bertanya, “ada apa2 masalah ke???”... DIA jawab, “x ada. Saja jln2...”. Erk?! Boleh pulak mcm tu??? Aku malu sendiri... Sbb dipergosipkan pulak oleh staf satu tempat kerja. Peduli apa aku!!!
  • Kesembilan... Sekeping kertas... Ada nombor handphone, serta alamat emel DIA... Aku simpan... Tp, sehingga hari ini, aku x pernah menghubunginya...
  • Kesepuluh... DIA mempelawa aku balik bersamanya ke Kuching pd cuti hujung minggu As a companion katanya... Aku cadang nak bawak Choo sekali. Tp, Choo ni tiba2 lak mcm lalang. Kejap nak, kejap x nak. Aku pun sama... “Nak balik ke x???”. Hmmm. Fikir2 balik, “mcm mana aku nak balik kpg? Baru last week aku balik. Kerja pun banyak yg x settle lg.”... Mamat ni pun, last week aku susah payah balik naik bas ke Kuching, x nak pelawa pulak aku balik bersama... Ini bila aku x ada perasaan nak balik kpg, gatal2 ajak aku balik sekali!
  • Kesebelas... Aku makan malam bersama Tikah, Jemi & kawan Jemi... Kat De Warung Simpang Tiga... Tgh syok2 makan, tiba2 aku terpandang sesuatu yg dikenali... Kereta DIA sedang lalu... Kemudian, masuk parking & berhenti... DIA keluar dr kereta... Sorg2. “Dia makan sorg2???”, aku bertanya dlm hati... Mungkin DIA x perasan aku kot... Sbb aku duduk membelakangi DIA, selang 2 meja...
  • Kedua belas... DIA mengadu cirit birit... Alah, DIA doktor! X kan x tau kot apa yg blh relief sakit DIA tu...??? Mengada-ngada juga ya doktor ni...?
  • Ketiga belas... Aku on-call duty hari ahad. Pergh! Bosan giler keja sorg2! Siapa ek aku nak panggil buat teman??? Hmmm... Aku SMS Adik Nor (budak praktikal tu)... Buli sekejap! Punya la jahat aku, & budak tu pulak, sanggup temankan aku buat kerja. Dia teman je, x tolong pun. Sampai waktu tgh hari., perut terasa lapar... Aku x bawa apa2 makanan pun... Jahat2 aku duk buli Adik Nor ni, aku belanja la dia mkn sekali... Makan McD... Tp, berdua je x syok. Aku contact budak George pulak. George reply SMS... “OK”... Then, 1 lg msg dr George menyusul... “Ada seorg kawan aku ni nak join sekali. So, boleh dia join?”... Aku reply, “X da hal...”. George sampai ke office... Kawannya aku x nampak pulak. Aku kembali ke section aku & selesaikan apa yg x settle lg... After siap (x la siap sepenuhnya), aku pun meluru ke luar utk menemuui George, Adik Nor, & kawan George yg tgh borak2 kat luar... Dengan langkah yg agak gedik, aku meluru je keluar mendapatkan mereka bertiga itu... Aku terpandang sebelah kiri & terlihat kelibat yg tersembunyi di balik rak... Alamak! DIA!!! “Macam mana DIA boleh ada di sini???”, bisik hati aku... Rupa2nya, DIAlah ‘kawan’ George td... Cet! Manalah aku tau yg mereka tu berkawan... Aku pun x bertanya lebih lanjut psl kawannya dlm SMS, sbb dlm fikiran aku, kawannya itu mungkin seseorg yg aku x kenali... Aku jd kaku, malu, di situ...
  • Keempat belas... Makan malam bersama DIA... Chicken chop. Menu kami...
  • Kelima belas... Kami bertentang mata kerap kali berjumpa... Kami berborak lama di talian... Kami berjumpa bila perlu...
  • Keenam belas... DIA kata DIA single lg...
  • Keenam belas... Choo kata, DIA dah bertunang... George pun berkata begitu... Carl pun sama... Mereka kata DIA sudah bertunang bulan Jun yg lalu... Maksudnya, sebelum aku jumpa & kenal DIA (aku kenal DIA around August)...
  • Ketujuh belas... DIA x perlu cari aku lg... Aku pun x mahu jumpa DIA lg...
  • Kelapan belas... So...??? “THE END” of the story...

Sbb asyik teringat DIA, aku tulis semua ni... Banyak coretan kenangan... Tp, nak tulis byk2 mmg x boleh... Sampai sudah2 pun x habis karangan psl DIA... Tragik! Memendam rasa & akhirnya kecewa...

Buat DIA, "Selamat hari lahir ke-26, 17hb Disember ini... Moga sentiasa beroleh kejayaan dlm hidup, & berbahagia hingga ke akhirnya..."...

2 comments:

  1. as salam..
    tertarik saya baca entry ni.. cuma apa yg boleh saya katakan, jodoh maut di tangan tuhan. andai dia jodoh anda, InsyaAllah.. walau jauh mana anda pergi, dia tetap milik anda.. kuatkan semangat meghadapi dugaan yer ..

    ReplyDelete
  2. salam cik bunga... terima kasih atas komen yg diberi... :) ada jodoh kami, x kan ke mana2... dia bahagia di sana, sy tumpang gembira... mencintai, tidak semestinya memiliki... :)

    ReplyDelete