Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday, April 4, 2010

♥ Jodoh di Tangan Tuhan...

Bunyinya agak kelakar bila aku dengar Ina menyebut tentang pepatah ini di telefon semalam. Katanya, "asam di gunung, garam di lautan, di periuk belanga juga akhirnya bertemu". Kedengaran agak pelik sbb first time aku dengar pepatah tu. Klu "ikan di laut, asam di darat, dlm periuk bikin muafakat" selalu jg lah aku dengar. Huhu...

Ina call aku semalam. Terkejut jg aku bila dia ni tiba2 je call. Mula2 aku rasa pelik jg, tp aku jwb je panggilan tu, & aku jg sempat meluahkan rasa rindu yg teramat krna dah agak lama terputus perhubungan. Mana aku x pelik?! Selama hari ini, dia buang batu je kat aku. Nak sms or call jarang sekali.

Last sekali aku jumpa Ina, masa konvokesyen bulan Ogos tahun lepas. Masa tu pun, takat jumpa ala2 je. X sempat nak berbual panjang2 sbb intention pd masa tu hanya nak berkonvo. Jumpa kwn, borak2 sikit, bertanya khabar & berkongsi perkembangan sejak meninggalkan kampus. Masa amat singkat & kwn2 pun sibuk jg pd masa tu termasuk aku. Last Ina sms (call langsung x...) dlm bulan 11 or 12, saja inform yg dia dah tukar nombor, & guna nombor telefon yg baru. Selepas tu, aku x jumpa lg dgn dia, & x ber'sms' mahupun ber'calling'...

Ina menjemput aku dtg ke majlis perkahwinannya, awal bulan Mei nanti. Itulah tujuan dia call aku. Sbb dulu, kami sekawan prnh berjanji, klu dah nak kahwin nanti, jgn lupa jemput. Ina, dah tunaikan janji.

InsyaAllah, aku akn cuba utk menghadirkan diri. Majlis berlangsung di rumah keluarganya di Klang, Selangor. Tp, aku rasa, mcm x blh nak dtg je. Jauh tu, nak kena fly merentasi Laut China Selatan...

"Ina, finally you've to settle down. I'm so jealous!".... Haha (gelak2 manja)...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DULU...

Aku ingat lg, di dlm kelas kuliah sambil mendengar lecture (aku lupa utk subjek apa, Physiology kot), aku telah dikejutkan dgn gegaran dr handphone ku. Biasalah, dlm kelas handphone harus berada dlm mode silent & vibrate. Ada sms dr Ina.

"Yah, temankan aku jumpa dia petang ni, k? Jumpa kat rumah..."... Sms itu berbunyi...

Budak ni... Nak dating pun ajak org... Mcm x biasa pulak dating berdua. Ish3...

Hmmm... Nak pergi ke x...??? Karang aku melopong je tengok org lalu lalang... Sedangkan pasangan yg hangat bercinta ni sibuk tersengih-sengih & menjeling-jeling antara satu sama lain. Akhirnya, aku terpaksa pergi jg, sbb dia dah siap tunggu aku sebaik saja kelas habis. Tp, aku ajak Cherry sekali... Huhu...

Ina ni bercinta sakan dgn pakwe dia, Ben (bukan nama sebenar) sejak zaman sekolah lg, & masa tu tgh study di UKM. Mmg couple yg paling hangat... Huhu...

Tp, itu dulu...

SEKARANG...

Ina dah nak berkahwin dgn org lain... Aidil (itu yg dimaklumkan) namanya... Not pakwe dia yg tadi... Mungkin dah tertulis, Ben bkn ditakdirkan utknya... Jodoh di tangan Tuhan kan?

Kita merancang, Dia yg menentukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ina, congrats!!! Moga berbahagia hendaknya, hingga ke akhir hayat... Amin...

3 comments:

  1. Yup,tak semestinya yang dengan kita sekarang akan sampai bila2. huhu.

    ReplyDelete
  2. afan~ yup, btul... klu dh bkn jodoh kta, terpaksa jg terima org lain... mungkin yg ditakdirkan utk kta 2 jauh lbh baik... huhu~

    akey~ sy xtau lg bila.. terserah pd jodoh...
    hee...

    ReplyDelete